KUALA LUMPUR, 3 September 2025 — Keretapi Sarong 2025 (KS25) kembali pada 13 September dengan tema “Serumpun” pada edisi kesembilannya sebagai salah satu acara ikonik sambutan Hari Malaysia.

Sekali lagi, ribuan rakyat Malaysia akan menyarung kain Sarong dan menaiki pengangkutan awam dari 11 stesen permulaan di seluruh Lembah Klang, bersatu dalam sebuah ‘flash mob’ budaya bergerak yang melambangkan kepelbagaian dan solidariti.
Pengasas Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, berkata edisi kali ini melangkaui sempadan.
“Keretapi Sarong telah berkembang menjadi tradisi Hari Malaysia, dan dengan tema Serumpun, ia mengingatkan kita bahawa perpaduan tidak terbatas pada geografi. Ia adalah tentang warisan bersama dan denyut irama yang menghubungkan kita sebagai rakyat Malaysia dan sebahagian daripada keluarga ASEAN yang lebih luas,” katanya.

Peserta perayaan unik dan berwarna-warni ini akan memulakan perjalanan mereka dari Subang Jaya, Kajang, KL Sentral, Putrajaya Sentral, UPM, Gombak dan lima lagi stesen lain sebelum bertemu di destinasi pusat di Kuala Lumpur.
Tahun ini, keluarga Keretapi Sarong semakin besar. Acara flash mob ini juga akan berlangsung serentak di George Town, Ipoh, Kuantan, Sungai Petani, Pasir Mas, Johor Bahru dan Melaka, mencerminkan bagaimana gerakan ini telah berkembang merangkul komuniti di seluruh negara, selain di lokasi luar negara tertentu.Di peringkat antarabangsa, momentum juga sama hebat dengan edisi di Berlin dan Melbourne (31 Ogos), diikuti London dan Sydney (13 September) yang turut memeriahkan acara ini untuk terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan sahabat Malaysia di seluruh dunia.

Acara ini, dengan sokongan RapidKL sebagai Rakan Kolaborasi Utama, turut menampilkan persembahan kreatif, pameran seni, dan pengisian berasaskan komuniti.
Sentuhan Serumpun tempatan dan serantau menguatkan lagi makna Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, menjadikan KS25 bukan sekadar tontonan budaya tetapi juga kenyataan serantau mengenai kebersamaan.
“Sebagai pengendali pengangkutan awam bandar, Prasarana melalui jenama perkhidmatan Rapid KL berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan Keretapi Sarong 2025. Hari Malaysia bukan sahaja tentang meraikan sejarah dan identiti, tetapi juga tentang bagaimana kita bergerak bersama sebagai rakyat Malaysia, dan tahun ini sebagai sebahagian daripada keluarga Serumpun. Dengan rangkaian tren dan bas Rapid KL sebagai nadi pergerakan ini, kami berbangga menyokong tradisi yang menyatukan rakyat melalui budaya, seni dan mobiliti,” kata Adli Abdul Karim, Ketua Komunikasi & Penjenamaan Kumpula, Prasarana Malaysia Berhad.
Kekuatan KS25 terletak pada kerjasama dengan jenama serta institusi yang berkongsi semangat perpaduan yang sama. MAGGI, sebagai salah satu Rakan Jenama Utama, menegaskan pentingnya makanan sebagai penghubung budaya.
“Maggi percaya kepada usaha menyatukan orang ramai melalui rasa yang kita kongsi bersama, dan sarong adalah cerminan semula jadi kepada semangat kebersamaan itu,” kata Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI.
Menambah kemeriahan keraian budaya, MAGGI turut memperkenalkan satu lagi perisa baharu – MAGGI Sup Ayam Berempah. Perisa kegemaran rakyat Malaysia ini melambangkan citarasa tempatan yang dekat di hati, dan kini boleh dinikmati hanya dalam 2 minit. Para peserta KS25 turut berpeluang menjadi yang pertama menikmatinya.
Memberikan kelainan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut serta dalam KS25 menerusi kempen “Merdeka Daripada Scam” (#KWSPAntiScam).
KWSP melaksanakan siri Jelajah Merdeka Daripada Scam dari 31 Ogos hingga 16 September, dengan salah satu hentian berlangsung di KS25. Kempen ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan kewangan melalui siri jelajah, aktiviti interaktif serta trak bergerak Merdeka Daripada Scam yang dipenuhi mesej kesedaran.

Pengunjung festival boleh menyertai cabaran menyeronokkan seperti simulasi penipuan “Too Good? Think Twice!” dan kuiz pantas “Real atau Scam?” yang direka untuk mengasah kemahiran mengenal pasti scam, di samping aktiviti media sosial bersama pempengaruh, termasuk Rahmat Fitri Abdullah, Duta Anti-Scam Polis Diraja Malaysia.
KWSP melaksanakan siri Jelajah Merdeka Daripada Scam bermula 31 Ogos hingga 16 September, dengan salah satu hentian berlangsung di KS25. Kempen ini bertujuanmemperkasakan rakyat Malaysia agar lebih berwaspada terhadap penipuan kewangan melalui pameran bergerak, aktiviti interaktif dan trak khas yang dihiasi mesej kesedaran.
Pengunjung boleh menyertai cabaran menarik seperti simulasi penipuan “Too Good? Think Twice!” dan kuiz pantas “Real atau Scam?” yang direka untuk mengasah kemahiran mengenal pasti scam, di samping aktiviti media sosial bersama pempengaruh termasuk Rahmat Fitri Abdullah, Duta Anti-Scam Polis Diraja Malaysia.
Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan ZUS COFFEE berkata, “Keretapi Sarong telah berkembang menjadi sambutan budaya yang ikonik, dan kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada keraian tahun ini. Dengan tema ‘Serumpun’, acara ini indah menggambarkan bagaimana komuniti Malaysia yang pelbagai dianyam bersama dalam perpaduan, persis kain Sarong itu sendiri. Di ZUS COFFEE, ini sangat bertepatan dengan misi kami untuk menjadikan kopi berkualiti dapat dinikmati semua orang tanpa mengira latar belakang.”
“Dalam semangat Merdeka, kami melancarkan ZUS NGUPI® — olahan kopi gaya tempatan dalam format minuman sedia diminum yang kini boleh didapati di peruncit utama seluruh negara, serta Koleksi Corak Malaysia, iaitu siri tumbler dan keperluan gaya hidup yang diinspirasikan motif warisan. Melalui inisiatif sebegini, kami berharap dapat merapatkan rakyat Malaysia melalui secawan kopi, menjadikan saat mengopi sebagai detik yang boleh dinikmati sesiapa sahaja, bila-bila masa, di mana sahaja.”
ZUS Coffee juga akan memperkenalkan aktiviti “Kopi Sarong, Kopi Kita” yang turut menawarkan bancuhan edisi terhad dan pengalaman di lokasi acara yang menekankan peranan kopi sebagai penghubung harian rakyat Malaysia, sama ada di rumah, di kafe, atau dalam perjalanan.

Sementara itu, Tourism Selangor akan menggunakan KS25 sebagai platform untuk menonjolkan kepelbagaian budaya negeri Selangor. Melalui persembahan terpilih dan kerjasama strategik, Tourism Selangor akan mempromosikan kekayaan tradisi Selangor sambil menyokong kempen Visit Selangor 2025, menjadikan Sarong sebagai lambang identiti yang dibanggakan, sama ada oleh rakyat tempatan mahupun pengunjung antarabangsa.
Bersama rakan lain seperti Gardenia, One Drop Perfumes, Bulan Bintang, Madre, AirAsia, Yeo’s, KWC, Nando’s, Clinelle, Tudung Ruffle, TGV Cinemas, Fried Chillies, Media Prima, Rakita, TraXXfm, Ayam Gepuk Top Global, Air Selangor dan banyak lagi, KS25 mencerminkan sokongan besar terhadap budaya, komuniti dan kreativiti.





