Friday, October 2, 2026
HomeBERITAKerajaan Perlu Ambil Langkah Tegas, Strategik Tangani Isu Palestin

Kerajaan Perlu Ambil Langkah Tegas, Strategik Tangani Isu Palestin

Kuantan: Kerajaan Malaysia diminta mengambil langkah yang tegas dan strategik dalam menangani isu kezaliman terhadap Palestin.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, hubungan diplomat terjalin bersama negara Islam lain, khususnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diyakini dapat mencari penyelesaian konflik itu.

Katanya, serangan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis bukan sahaja dengan membedil kem pelarian dan penempatan rakyat Palestin, tetapi turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang amat dahsyat.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan ini adalah bukti nyata bahawa Israel terus menerus melakukan jenayah perang dan penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin secara sistematik.

“Ia telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam perbicaraan kes Afrika Selatan lawan Israel,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyeru dan menegaskan bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit dan bersatu menyatakan solidariti terhadap isu keganasan di Palestin.

“Marilah kita bersatu agar dapat menangkis penjajahan rejim zionis Israel yang sekian lama ini sehingga rakyat Palestin hidup dalam menderita.

“Kita sebagai umat Islam tidak boleh membiarkan mereka berjuang sendirian seperti yang kita lihat di kaca televisyen dan akhbar.

“Walau sebesar zarah tindakan kita, ia akan memberikan impak yang besar terhadap perjuangan mereka. Marilah kita terus mendoakan keselamatan, kemenangan dan kesejahteraan bagi umat Islam Palestin serta keselamatan bagi semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Piala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

0
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan...

CATEGORIES