Saturday, June 27, 2026
HomeBERITAKanak-Kanak Hilang di Pantai Sinakut Ditemui Mati Akibat Serangan Buaya

Kanak-Kanak Hilang di Pantai Sinakut Ditemui Mati Akibat Serangan Buaya

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang sewaktu mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16 ditemui mati dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya pagi semalam.

Mayat mangsa berusia sembilan tahun itu ditemukan di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin mengesahkan kejadian berlaku pada pukul 7.45 pagi semalam di pantai Sinakut Felda Sababat 16 Lahad Datu.

“Laporan awal menyatakan mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut Felda Sababat 16 Lahad Datu ketika kejadian berlaku.

“Mangsa dikatakan mandi bersama lima lagi rakannya sebelum dipercayai dibaham buaya dan diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke persisir pantai.

“Jabatan Hidupan Liar (JHL) masih menjalankan siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES