Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAIndonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia

Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia

JAKARTA – Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

“Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya.

Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin.

Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan di Sumatera dan Kalimantan sahaja. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES