Wednesday, June 10, 2026
HomeBERITAHutan Sri Gombak Terbakar, Api Padam Pukul 1.50 Pagi

Hutan Sri Gombak Terbakar, Api Padam Pukul 1.50 Pagi

PETALING JAYA – Kawasan hutan berhampiran tangki air Selangor di Taman Sri Gombak Fasa 7, Pinggiran Batu Caves sekali lagi dilaporkan terbakar lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 11.49 malam.

Menurutnya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama tiga jentera iaitu FRT, CFRT dan ‘water tanker’ dikejarkan ke lokasi sejauh sembilan kilometer.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas kira-kira 100 x 200 kaki persegi.

“Kerja-kerja pemadaman segera dijalankan sebaik anggota tiba di lokasi pada pukul 11.58 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal dan api dipadam sepenuhnya sekitar pukul 1.50 pagi tadi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Terdahulu, kebakaran hutan seluas empat hektar di Jalan Utama Bukit Sri Gombak telah dilaporkan dan api berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba yang mengambil masa selama lebih lima jam.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES