Monday, August 24, 2026
HomeBERITA‘Human Graphic’ 2026 Libatkan 1,500 Murid, Persembah 16 Lagu

‘Human Graphic’ 2026 Libatkan 1,500 Murid, Persembah 16 Lagu

PUTRAJAYA – Persembahan ‘human graphic’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini bakal menampilkan beberapa kelainan menerusi gabungan 16 lagu selain penggunaan peralatan serta penglibatan 1,500 murid dari 36 buah sekolah.

Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ithnin Mahadi berkata, kesemua mereka adalah murid sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Latihan sudah bermula sejak Julai lalu dengan murid dikenal pasti dan berlatih secara berasingan di sekolah masing-masing sebelum digabungkan untuk menjalani latihan di tapak pada fasa akhir ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan human graphic di sini, hari ini.

Katanya, latihan kini memasuki fasa terakhir dengan beberapa sesi raptai termasuk raptai penuh membabitkan 16 lagu yang akan dipersembahkan termasuk lagu patriotik, lagu etnik, lagu kenegerian dan lagu Gen Z.

Ithnin berkata, jumlah peserta tahun ini berkurangan berbanding 2,000 murid yang terlibat pada tahun lalu, namun persembahan kali ini mempunyai tiga kelainan utama.

“Kelainannya ada tiga. Pertamanya dari segi genre lagu, ada 16 lagu yang menggabungkan lagu-lagu terkini yang dekat dengan Gen Z, lagu asli dan sebagainya.

“Keduanya, kita selitkan penggunaan peralatan dalam persembahan seperti kompang, tamborin, plotting Malaysia Madani serta grafik etnik-etnik di Malaysia,” katanya.

Mengulas cabaran sepanjang latihan, Isnin berkata, aspek kebajikan murid termasuk penyediaan makanan, minuman dan pengangkutan menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian memandangkan program itu membabitkan 36 sekolah.

Katanya, latihan yang dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu turut memerlukan pergerakan murid secara berperingkat dan melibatkan kos yang tinggi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Bella Astillah Sebagai Menantu

0
PETALING JAYA – Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui pernah berada dalam dilema untuk menerima Bella Astillah sebagai menantu ketika kes...

CATEGORIES