Tuesday, September 1, 2026
HomeBERITAGangguan Sementara Urusan Cetakan Mykad Bermula Hari Ini Hingga 7 September...

Gangguan Sementara Urusan Cetakan Mykad Bermula Hari Ini Hingga 7 September – JPN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam proses peralihan daripada MyKad sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu, sekali gus dijangka menyebabkan gangguan sementara terhadap urusan pencetakan MyKad di seluruh negara.

JPN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyKad itu dijangka bermula hari ini hingga 7 September.

Sehubungan dengan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Maut LPT1: Lori Tangki Hilang Kawalan Punca Nahas 11 Kenderaan

0
TEMERLOH – Lori tangki simen dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri membabitkan 11 buah kenderaan yang meragut empat nyawa di Kilometer 110.3, Lebuh Raya Pantai...

CATEGORIES