Monday, June 22, 2026
HomeBERITAGaji Mbappe belum cecah yang paling tinggi di La liga

Gaji Mbappe belum cecah yang paling tinggi di La liga

Madrid: Kylian Mbappe bukanlah pemain dengan pendapatan tertinggi dalam La Liga selepas menandatangani kontrak dengan Real Madrid.

Mbappe secara rasmi menandatangani kontrak dengan Real pada 1 Julai lalu dengan perjanjian selama lima tahun selepas kontraknya tamat bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Kontraknya dengan Real akan menjadikannya salah seorang pemain dengan bayaran tertinggi di dunia, tetapi dia bukan penerima bayaran tertinggi di La Liga.

The Sun melaporkan Mbappe akan memperoleh £26.3 juta (RM159.37 juta) setiap musim.

Namun gajinya tidak setinggi penyerang Barcelona, Robert Lewandowski dan pemain sasaran Manchester United, Frenkie de Jong, yang menjadi pemain termahal liga dengan gaji 31.6 juta pound (RM191.48 juta) setahun,

Enam pemain Real Madrid mengisi senarai 10 pemain dengan gaji tertinggi.

Mbappe terpaksa menerima gaji lebih rendah bagi memastikan perpindahannya ke Bernabeu disempurnakan. Dia tetap dibayar 85.5 juta pound (RM518.1 juta) sebaik menandatangani kontrak.

Sumber : Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES