Thursday, August 27, 2026
HomeBERITAEkonomi Malaysia Stabil: Defisit Fiskal Menurun, Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama...

Ekonomi Malaysia Stabil: Defisit Fiskal Menurun, Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama 2025

Kuala Lumpur: Pengurangan defisit fiskal dan peningkatan pendapatan negara adalah dua pencapaian utama kerajaan Malaysia pada suku pertama 2025 yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat dan negara.

Pengarah Program Kursus di Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, defisit fiskal lebih rendah membolehkan pengurangan beban hutang dan kos perkhidmatan hutang.

Katanya, langkah-langkah fiskal yang dilaksanakan kerajaan pada suku pertama 2025 adalah langkah positif ke arah mencapai sasaran defisit fiskal antara 3% hingga 3.5% menjelang akhir tahun.

“Keadaan ini dapat mengurangkan pembayaran faedah ke atas pinjaman, membebaskan lebih banyak dana untuk perbelanjaan pembangunan seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur.

“Secara langsung, defisit lebih kecil dapat memperlahankan pertumbuhan hutang negara dan mengurangkan tekanan fiskal pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berpendapat pengurangan defisit fiskal boleh meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik pelaburan asing dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

“Pengurusan fiskal yang baik membantu mengekalkan kestabilan ekonomi, mengurangkan inflasi, dan menurunkan kadar pengangguran.

“Ini memberikan manfaat langsung kepada rakyat, termasuk peningkatan kuasa beli dan peluang pekerjaan.

“Selain itu, kerajaan dapat memperuntukkan lebih banyak dana untuk program kebajikan sosial dan pembangunan komuniti,” ujarnya lanjut.

Pakar itu juga menekankan pengurangan kos perkhidmatan hutang, kerajaan mempunyai lebih banyak sumber untuk membiayai projek pembangunan kritikal.

“Kejayaan ini membuka peluang lebih luas untuk membiayai projek seperti pembinaan infrastruktur, penyediaan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, program sosial bakal memberi manfaat langsung kepada rakyat, jelasnya.

Pada suku pertama 2025, defisit fiskal Malaysia mencatatkan penurunan yang signifikan, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Langkah-langkah penjimatan dan rasionalisasi subsidi, termasuk pengurangan subsidi petrol RON95 dan pengenalan subsidi bersasar, telah memberikan impak positif terhadap kewangan negara.

Kerajaan juga melaksanakan pembaharuan cukai, seperti cukai terhadap pendapatan dividen melebihi RM100,000, yang dijangka menyumbang kepada peningkatan hasil negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Aina Abdul, Emas Yang Kita Perlu Jaga’ – Noh Salleh

0
KUALA LUMPUR – Dikatakan mengetengahkan paparan berunsur mengerikan, penyanyi Noh Salleh enggan mengambil peduli segala kecaman dan kritikan khalayak terhadap video muzik lagu Sang...

CATEGORIES