Sunday, April 19, 2026
HomeBERITADidakwa Hisap Vape, Ikmal Hisham Terima Permohonan Maaf Jurufoto Anwar.

Didakwa Hisap Vape, Ikmal Hisham Terima Permohonan Maaf Jurufoto Anwar.

PETALING JAYA – Jurufoto kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap rokok elektronik (vape) di dalam Dewan Rakyat.

“Saya memohon maaf kepada saudara YB Datuk Seri (Ikmal Hisham) sekiranya ada salah tanggapan bahawa objek yang dipegang beliau adalah vape.

“Berharap agar segala salah faham kini telah diselesaikan secara harmoni,” tulisnya menerusi satu ciapan di aplikasi X hari ini.

Terdahulu, kecoh di media sosial berhubung gambar yang dimuat naik Sadiq memperlihatkan Ahli Parlimen tersebut seperti sedang menghisap vape.

Berdasarkan laporan Kosmo, kapsyen yang disertakan Sadiq pada gambar terbabit turut mengundang amarah Ikmal Hisham.

“Betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan,” tulis Sadiq pada ruangan kapsyen.

Susulan daripada itu, Ikmal Hisham mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar berkenaan selain menyangkal dakwaan beliau menghisap vape dalam Dewan Rakyat.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES