OSLO – Tiga penumpang dan empat lagi cedera parah selepas sebuah bas yang turut membawa pelancong Malaysia terbabas dari lebuh raya sebelum terjunam ke dalam tasik di Hadsel, utara Norway semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu dalam perjalanan dari Narvik ke Solvaer apabila ia terbalik di Hadsel, berhampiran Raftsundet, di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Anggota-anggota kecemasan menghadapi keadaan yang mencabar di lokasi kejadian termasuk cuaca buruk yang menghalang operasi menyelamat.
“Sebahagian badan bas itu berada di dalam air. Tiga kematian telah disahkan dan empat orang cedera parah. Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan telah memindahkan semua orang dari bas,” kata Bent Are Eilertsen, Ketua Staf Polis Nordland,Bent Are Eilertsen
Mangsa-mangsa yang cedera parah telah dihantar ke hospital manakala yang lain dibawa ke pusat perlindungan berhampiran termasuk di sebuah sekolah.
Pihak berkuasa mengesahkan penumpang di dalam pesawat adalah dari lapan negara berbeza, iaitu Norway, India, China, Singapura, Malaysia, Belanda, Perancis dan Sudan Selatan.
Polis tempatan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang (waktu tempatan) selepas bas itu merempuh penghadang jalan sebelum berakhir di tasik Åsvatnet
Kedutaan China di Norway mengesahkan bahawa kira-kira 20 pelancong China berada di dalam bas itu dengan lima penumpan mengalami kecederaan ringan.
Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store mengucapkan takziah susulan kematian tersebut.
Siasatan terhadap kemalangan itu sedang dijalankan.
Sumber – AGENSI





