Monday, May 11, 2026
HomeSUKANEPL: Mikel Arteta Akui Mula Resah

EPL: Mikel Arteta Akui Mula Resah

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengkritik kelendar bola sepak yang dianggap terlalu ketat sehingga menghalang para pemain untuk menjalani sesi latihan yang benar-benar sempurna.

Pihak pengendali kejohanan bola sepak dianggap terlalu ‘takut’ untuk membiarkan hari-hari berlaku tanpa sebarang aksi menyebabkan mereka menganjurkan pelbagai kejohanan sehingga membebankan para pemain.

Menurut Arteta, beraksi setiap tiga hari menjadi rutin untuk pasukan seperti Arsenal, namun ia memberikan kesan yang besar kepada pemain apabila ia meningkatkan tempoh untuk pemulihan menyebabkan masa untuk latihan terpaksa dikurangkan

“Bermain dan pemulihan bukanlah sistem yang bagus kerana kami kurang berlatih. Badan memerlukan latihan dan apabila ia berkurangan, anda akan kehilangan banyak faktor terutama aspek fizikal yang menjadi kunci utama pasukan,” katanya.

Situasi berkenaan memberi kesan kepada Arsenal apabila kehilangan khidmat Bukayo Saka yang berdepan isu hamstring dan kemungkinan terpaksa disisihkan sehingga 10 minggu.

“Bukayo (Saka) dan Declan Rice sudah beraksi lebih 130 perlawanan dalam tempoh dua musim. Apa akan jadi untuk musim ketiga dan keempat nanti? Jika ia berterusan, ia merosakkan keseimbangan dan kestabilan pasukan serta pemain.

“Ada beberapa tindakan yang diambil oleh kelab untuk mengatasi masalah ini, tetapi ia hanya bersifat sementara. Saka kini menyertai beberapa pemain seperti Rodri, Pedri, Martin Odegaard, Dani Carvajal, Eder Militao dan Gavi yang cedera akibat terlalu banyak beraksi,” ujarnya.

Selain Saka, Arteta juga kehilangan khidmat pemain pinjaman, Raheem Sterling yang mengalami kecederaan lutut, namun tempoh dia ketepikan masih belum disahkan dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dari Kecil Anak-Anak Kena Tahu Cara Lindungi Diri’ – Zahirah Macwilson

0
DUA figura popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi perhatian peminat bukan sahaja kerana bakat lakonan, malah personaliti mereka yang dianggap mempunyai...

CATEGORIES