Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAAsyik Kena Buli, Lufya Hantar Anak Perempuan Belajar Taekwondo

Asyik Kena Buli, Lufya Hantar Anak Perempuan Belajar Taekwondo

PETALING JAYA – Geram apabila satu-satunya anak perempuannya dibuli di sekolah, pelakon dan penyanyi, Lufya nekad mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.

Menerusi hantaran Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, dalam Instagram, dia mendedahkan anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu menjadi mangsa pukul rakan di sekolah.

“Nak meluahkan perasaan terpendam. Sebelum ini saya sudah ke sekolah berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk Haura.

“Yang geramnya setiap kali balik sekolah dia akan mengadu perkara sama. Diganggu oleh pelajar yang sama.

“Bila berjumpa ibunya, dia minta maaf walaupun kurang menerima. Tapi tak apa saya terima. Tetapi kejadian ini berulang lagi.

“Jadi saya ambil keputusan masukkan Haura ke kelas taekwondo. Lepas ni kalau Haura yang lembut dan manja ni mengganas, nasib kau lah nak,” tulisnya.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu lagi, dia berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura cuba mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES