Friday, May 1, 2026
HomeBERITAAmaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Sabah, Labuan

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Sabah, Labuan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri timur negara sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan angin kencang dan hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, cuaca baik dan cerah meliputi seluruh semenanjung negara pagi ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

SUMBER – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES