Saturday, September 26, 2026
HomeBERITA3 Kedai, 40 Motosikal Dan Kereta Musnah Dalam Kebakaran

3 Kedai, 40 Motosikal Dan Kereta Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR – Tiga buah kedai dan 41 kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran di Sentul, pada Rabu lalu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran berkaitan kedai pada pukul 5.15 pagi.

Katanya, seramai 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan bantuan BBP Setapak, Titiwangsa, Jalan
Hang Tuah dan Sri Hartamas bersama-sama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Rusdi Ismail, terdapat kebakaran melibatkan 3 buah kedai yang terdiri daripada bengkel kereta, kedai menjual vape dan kedai makan.

“Premis berkenaan musnah 100 peratus dan kebakaran itu mengakibatkan 40 buah motosikal serta sebuah kereta hangus,” katanya PGO KL dalam kenyataan.

Jelasnya, kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES