Tuesday, October 20, 2026
HomeBERITALelaki Direman Empat Hari, Disyaki Ugut Dan Kejar Isteri Dengan Parang

Lelaki Direman Empat Hari, Disyaki Ugut Dan Kejar Isteri Dengan Parang

BATU PAHAT – Seorang pekebun direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana disyaki mengugut isterinya sambil mengejar wanita itu dengan parang selepas menuduhnya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Perintah reman ke atas suspek berusia 42 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Mengikut laporan dibuat, kejadian berlaku di sebuah rumah di Sungai Kalong, Senggarang dekat sini, 8.30 pagi semalam.

Siasatan polis mendapati suspek dipercayai mengambil parang sepanjang 62 sentimeter (sm) sebelum bertindak mengejar isterinya berusia 37 tahun.

Pada masa sama, suspek dikatakan turut mengeluarkan kata-kata ugutan hingga menakutkan isterinya.

Malah, perbuatan suspek turut disaksikan ibu mentua serta anaknya sebelum wanita itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan suspek semalam bagi membantu siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saman RM500 Jika Dengar Muzik Telefon Bimbit Tanpa Fon Kepala

0
LONDON – Warga  London yang memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon bimbit di dalam bas  berdepan saman  £100 (RM500)  sebagai  usaha menangani...

CATEGORIES