Friday, October 16, 2026
HomeBERITAPenuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik lelaki wanita itu pada bulan lalu.

Tertuduh, Chen Jun, 20, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa warga tempatan berusia 21 tahun dan adik lelakinya berumur 18 tahun dengan menikam mereka menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong di sini, kira-kira jam 5 pagi 29 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal, tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

“Bagaimanapun jika mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan memohon ia ditetapkan RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam, Ling Yee Siew yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan kewangan dan tidak berisiko melarikan diri.

“Berdasarkan laporan perubatan hospital swasta bertarikh 14 September lalu, anak guam saya mengalami kemurungan.

“Oleh itu, saya memohon ikat jamin yang rendah bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan susulan berikutan kecederaan pada kaki akibat perbuatan sendiri ketika mengalami kemurungan,” katanya.

Hakim Suhaila Haron kemudian membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia berserta syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan, dan menetapkan 11 November depan untuk sebutan kes.

Chen Jun hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Tawaran Tak Jadi Maklum, Tiada Siapa Akan Marah’ – Catriona...

0
PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross menegur sikap segelintir pihak produksi yang didakwa gagal menjaga adab dan profesionalisme ketika berurusan dengan pelakon khususnya berkaitan...

CATEGORIES