Tuesday, October 13, 2026
HomeBERITANahas Enam Kenderaan Ragut Nyawa Kanak-Kanak Lima Tahun, Kes Dirujuk DPP

Nahas Enam Kenderaan Ragut Nyawa Kanak-Kanak Lima Tahun, Kes Dirujuk DPP

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berkaitan kemalangan tragis membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada 10 Oktober lalu yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan yang dipercayai merempuh kereta mangsa masih menerima rawatan di hospital swasta.

“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan, selain memantau perkembangan keadaan pemandu berkenaan.

“Kertas siasatan ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin sebaik sahaja siasatan selesai sepenuhnya,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Dalam nahas jam 3.44 petang itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan parah di kepala.

Siasatan awal mendapati, kejadian malang itu berlaku ketika aliran trafik bergerak perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.

Nahas bermula apabila Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 30 tahun dirempuh dari belakang oleh kenderaan utiliti sukan (SUV) BYD Seal.

Rempuhan kuat itu turut membabitkan motosikal jenis Yamaha 135LC, sebelum Perodua Bezza berkenaan hilang kawalan, berpusing ke lorong kanan dan merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard serta Perodua Myvi.

Susulan kejadian, pemandu Perodua Bezza dilaporkan cedera di tangan kanan, manakala penunggang motosikal berusia 33 tahun pula cedera di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Kuih Tradisional Melayu Yang Dimodenkan Tanpa Hilang Identiti Asal

0
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kuih tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun. Kuih seperti kuih kapit, kek lapis Sarawak, kuih bahulu, seri muka dan kuih...

CATEGORIES