Tuesday, October 13, 2026
HomeTRAVELMAS Batal Penerbangan Jeddah, Madinah Hingga 17 Oktober

MAS Batal Penerbangan Jeddah, Madinah Hingga 17 Oktober

PETALING JAYA – Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan laluan Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Jeddah serta Madinah, termasuk penerbangan pulang dari kedua-dua destinasi itu, bermula hari ini sehingga 17 Oktober depan.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pembatalan itu melibatkan semua penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur (KUL) dan Johor Bahru (JHB) dengan Jeddah (JED) serta Madinah (MED).

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat sebagai langkah keselamatan ketika syarikat penerbangan itu terus memantau perkembangan semasa di rantau berkenaan.

“Penumpang yang terjejas boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh atau menempah semula penerbangan ke tarikh kemudian tanpa sebarang kos tambahan.

“Kemudahan penukaran tersebut sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MAG berkata, permohonan penukaran penerbangan atau bayaran balik boleh dibuat menerusi fungsi ‘My Booking’ di laman web atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

Penumpang juga boleh menghubungi Live Chat atau Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 bagi panggilan dalam Malaysia atau +603-7843 3000 untuk panggilan antarabangsa.

Pada masa sama, penumpang dinasihatkan memastikan maklumat hubungan masing-masing dikemas kini menerusi ‘My Booking’ bagi membolehkan sebarang notifikasi terbaharu diterima dengan segera.

MAG memaklumkan keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan tertinggi syarikat itu, sementara perkembangan di rantau berkenaan terus dipantau rapi.

Bagaimanapun, penerbangan dari dan ke Doha (DOH), Qatar masih beroperasi seperti biasa ketika ini.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf atas kesulitan serta gangguan terhadap perancangan perjalanan penumpang dan menghargai kesabaran mereka sepanjang situasi berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Kuih Tradisional Melayu Yang Dimodenkan Tanpa Hilang Identiti Asal

0
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kuih tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun. Kuih seperti kuih kapit, kek lapis Sarawak, kuih bahulu, seri muka dan kuih...

CATEGORIES