Tuesday, October 6, 2026
HomeTRAVELChangi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan.

Terbaharu, Skytrax World Airport Awards 2026 menyenaraikan lima lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan penilaian penumpang dalam kajian World Airport Survey 2025/2026. Singapore Changi Airport sekali lagi menduduki tempat pertama, diikuti Seoul Incheon, Tokyo Haneda, Hong Kong International Airport dan Tokyo Narita.

1. Singapore Changi Airport

Singapore Changi Airport dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2026, sekali gus mengekalkan kedudukan nombor satu berbanding tahun sebelumnya.

Selain pencapaian itu, Changi turut menerima beberapa pengiktirafan lain termasuk World’s Best Airport Dining Experience, World’s Best Airport Immigration Service dan Best Airport in Asia.

2. Seoul Incheon International Airport

Seoul Incheon International Airport menduduki tempat kedua dunia selepas berada di tangga keempat pada 2025.

Lapangan terbang Korea Selatan itu turut dinobatkan sebagai World’s Most Family Friendly Airport 2026, berdasarkan penilaian terhadap kemudahan dan inisiatif mesra keluarga termasuk ruang keluarga, kemudahan penjagaan bayi serta kawasan permainan.

3. Tokyo Haneda Airport

Tokyo Haneda Airport mengekalkan kedudukan ketiga dunia seperti tahun sebelumnya dan turut menerima pengiktirafan sebagai World’s Cleanest Major Airport 2026.

Skytrax turut mengiktiraf Haneda sebagai World’s Best Domestic Airport serta lapangan terbang terbaik dunia bagi kemudahan untuk penumpang berkeperluan mobiliti dan aksesibiliti.

4. Hong Kong International Airport

Hong Kong International Airport naik ke tempat keempat dunia pada 2026 berbanding kedudukan keenam pada tahun sebelumnya.

Lapangan terbang itu turut meraih anugerah World’s Best Airport Washrooms dan World’s Best Airport Security Processing. Selain itu, Hong Kong International Airport mempunyai tiga landasan.

5. Tokyo Narita International Airport

Melengkapkan senarai lima terbaik ialah Tokyo Narita International Airport, yang mengekalkan kedudukan kelima dunia seperti 2025.

Narita turut dinobatkan sebagai World’s Best Airport Staff 2026, pengiktirafan yang mengambil kira kualiti perkhidmatan kakitangan dari segi sikap, keramahan dan kecekapan dalam pelbagai perkhidmatan berhadapan penumpang.

Kelima-lima lapangan terbang ini menunjukkan bahawa pengalaman penumpang bukan hanya bergantung kepada kemudahan penerbangan, tetapi turut merangkumi aspek seperti kebersihan, layanan kakitangan, kemudahan keluarga, keselamatan dan pengalaman keseluruhan di lapangan terbang.

Sumber – Skytrax World Airport Awards 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Idah Tonggek, Pitih Sini’ – Mewah Sejak Kecil Inspirasi A. Aida...

0
PETALING JAYA – Bawa wang saku RM50 ke sekolah, penerbit Datuk A. Aida mengakui dimewahkan arwah bapanya sejak kecil dan pengalaman hidup serba cukup...

CATEGORIES