Monday, October 5, 2026
HomeHIBURAN‘Idah Tonggek, Pitih Sini’ – Mewah Sejak Kecil Inspirasi A. Aida Kerja...

‘Idah Tonggek, Pitih Sini’ – Mewah Sejak Kecil Inspirasi A. Aida Kerja Kuat

PETALING JAYA – Bawa wang saku RM50 ke sekolah, penerbit Datuk A. Aida mengakui dimewahkan arwah bapanya sejak kecil dan pengalaman hidup serba cukup menbuartkan dirinya begitu bersungguh-sungguh bekerja keras demi memberikan kehidupan terbaik buat anak-anaknya.

Ujar A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 57, kemewahan dinikmati sejak kecil membuatkan dirinya memahami erti keselesaan, malah enggan anak-anak melalui kehidupan serba kekurangan.

“Saya ini memang dimewahkan sejak kecil. Dulu kalau pergi sekolah, orang lain bawa 50 sen, tetapi saya bawa RM50.

“Sebab itu saya bekerja keras untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak. Saya tidak mahu mereka hidup susah kerana sejak kecil lagi saya sudah biasa dimanjakan.

“Kalau ayah dapat gaji, dia akan panggil saya, ‘Idah Tonggek’, iaitu panggilan manja saya. Kemudian tunjuk tempat dia simpan duit di bawah tikar getah, ‘pitih sini’ (duit kat sini),” katanya dalam sebuah program audio siar.

Tambah penerbit filem Bisikan Nafsu itu, bapanya tidak pernah berkira dalam memenuhi permintaan anak, termasuk ketika dia mahu memiliki pakaian serta motosikal sendiri.

“Saya balik sekolah memang nakal. Saya pergi ambil duit RM50 ayah di bawah tikar getah tadi, kemudian pergi lepak di bawah jambatan dan belanja kawan-kawan.

“Dulu kalau saya pakai baju merah, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua mahu serba merah. Kalau minta duit dengan ayah, dia akan bagi.

“Ketika itu motor Honda Fame sangat popular. Saya minta dengan ayah motor itu dan dia terus belikan untuk anak perempuan dia ini. Saya siap buang bakul motor, kemudian petang-petang terus ronda satu kampung,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, malah rata-rata kagum dengan kisah kehidupan A. Aida serta menyifatkan tidak hairanlah penerbit berkenaan begitu kuat bekerja dan gemar memastikan anak-anaknya hidup dalam keadaan selesa.

“Patutlah A. Aida kerja kuat untuk anak-anak. Rupanya sejak kecil memang sudah biasa dimanjakan ayah,” komen seorang netizen.

“Bila dengar cerita macam ini, faham kenapa dia mahu anak-anak hidup senang. Pengalaman masa kecil banyak membentuk cara kita membesarkan keluarga,” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, ada penduduk turut mendedahkan arwah bapa ibu kepada Azeva itu sememangnya dikenali sebagai individu berada serta mempunyai perniagaan di Pasar Jerteh, selain pernah memegang tanggungjawab sebagai penghulu kampung.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

0
Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan. Terbaharu, Skytrax World...

CATEGORIES