Thursday, September 17, 2026
HomeBERITALRT Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Sistem Isyarat Tren

LRT Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Sistem Isyarat Tren

SUBANG JAYA – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi ini susulan gangguan sistem isyarat tren sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa stesen.

Kenyataan media Rapid KL berhubung kelewatan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya susulan gangguan sistem isyarat tren. – Foto Rapid KL

Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan, gangguan tersebut menyebabkan perkhidmatan tren dikendalikan secara manual dari Stesen USJ 21 hingga Stesen Taipan.

Keadaan itu mengakibatkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform berbanding kebiasaan.

Menurut Rapid KL, pasukan teknikal sedang menjalankan kerja pemulihan bagi membolehkan perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa.

Anggota polis bantuan dan petugas stesen turut ditempatkan di stesen yang terjejas untuk membantu serta memberikan panduan kepada penumpang.

Gangguan pada waktu puncak itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna di Threads, terutama mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan kesesakan dan kelewatan perjalanan. Ada juga yang secara berseloroh membandingkan keadaan tersebut dengan kelancaran perkhidmatan ketika acara Keretapi Sarong berlangsung semalam.

Suasana sesak di sebuah stesen LRT selepas perkhidmatan Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi tadi. – Foto Threads

Seorang pengguna mendakwa suasana di Stesen Putra Heights dipenuhi orang ramai, manakala pengguna lain meminta Rapid KL mengambil tindakan segera bagi mengatasi gangguan berulang.

Rapid KL memaklumkan, perkembangan terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial rasminya dan aplikasi MyRapid PULSE.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nadhir Nasar Ambil Berat Kritikan Daripada Pembeli Tiket

0
PETALING JAYA - Aktor Nadhir Nasar menganggap kritikan netizen terhadap mutu lakonan sebagai teguran membina bagi memperbaiki kekurangan diri. Nadhir atau nama penuh, Ahmad Nadhir...

CATEGORIES