Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANSikap ‘Mengata Di Belakang’, Tak Sokong Artis Lain Jejas Industri Kreatif

Sikap ‘Mengata Di Belakang’, Tak Sokong Artis Lain Jejas Industri Kreatif

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay kecewa melihat semangat kebersamaan dalam industri kreatif semakin pudar apabila masih ada penggiat seni yang sukar memberikan sokongan antara satu sama lain.

Menurut Liyana, setiap individu mempunyai perjalanan kerjaya berbeza dan perkembangan seseorang dalam industri seni sewajarnya diraikan, bukan dijadikan alasan untuk saling menghakimi.

“Sebenarnya. perkara ini (mengata di belakang) bukan datang daripada netizen. Saya bukan cuba menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa, tetapi kebersatuan dalam industri seni ini memang tidak ada.

“Itu yang cuba saya sampaikan. Kebersatuan bermaksud memberi sokongan apabila melihat seseorang itu sudah berkembang daripada satu tahap ke tahap lain. Perkara itu bukan mudah dan saya dapat rasa ‘vibe’ itu,” katanya ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Pemuja Syaitan di sini, semalam.

Liyana, 38, berkata perkara yang lebih menyedihkan dirinya bukan kritikan yang diterima, sebaliknya, hakikat perkara itu dilakukan individu dikenalinya.

“Mungkin saya juga yang bermasalah sebab apabila saya berkawan dengan seseorang dan anggap dia seperti kakak, saya ingat dia pun fikir benda yang sama terhadap saya.

“Jadi, mungkin saya ini selalu terasa hati dengan orang yang saya tahu siapa. Itu yang membuatkan saya sedih sebab kalau orang yang saya tidak kenal, saya memang tidak ada rasa apa-apa.

“Saya bukan sedih sebab rasa macam, ‘jangan kutuk saya’. Tidak, awak nak komen atau kutuk saya, tidak apa,” katanya.

Dalam pada itu, Liyana yang pernah merakam single Aku Tak Percaya Cinta itu berkata, sejak kecil dia dididik untuk menghormati semua orang selain memahami setiap penggiat seni mempunyai pendekatan tersendiri dalam berkarya.

Bagaimanapun, Liyana mengakui kritikan dan penolakan yang diterima sepanjang perjalanan kerjaya banyak membantunya untuk memperbaiki diri serta menghasilkan karya lebih baik.

“Apabila orang ‘reject’, kita mahu buat yang lebih baik lagi untuk diri sendiri dan karya kita,” katanya.

Baru-baru ini, Liyana dilapor meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa ada rakan rapatnya dalam industri bercakap di belakang mengenai dirinya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Peserta Keretapi Sarong Tolong Pakai Mask, Jangan Bawa Anak Kecil’

0
PETALING JAYA – Peserta yang bakal menyertai program Keretapi Sarong 2026 (KS26) esok, diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat...

CATEGORIES