Wednesday, September 16, 2026
HomeHIBURANIkmal Amry Dedah Isteri Tak Pernah Keluar Duit Selepas ‘First Date’

Ikmal Amry Dedah Isteri Tak Pernah Keluar Duit Selepas ‘First Date’

Pelakon Ikmal Amry tampil membalas komen netizen mengenai kenyataannya lelaki perlu ‘kedekut’ dengan pasangan sebelum berkahwin.

Ikmal menerusi Threads berkata isterinya iaitu Najla Shamsul tidak pernah mengeluarkan wang selepas temu janji pertama.

“Ya betul. Tapi selepas first date sampai sekarang ada anak tiga dan lebih 10 negara kami travel. Dia tak pernah keluar satu sen pun.

“Dan selepas dia ambil saya masa first date itu, date seterusnya saya dah beli kereta VW golf. Maaf tak ada niat nak show off tapi,” balasnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Tarung: Unforgiven turut menjelaskan dia bukan bermaksud kedekut seperti aji bakhil sebaliknya perkataan tersebut lebih kepada berpada-pada.

“Dan sebelum kahwin memang saya berpada-pada. Maksud kedekut saya itu adalah berpada-pada. Bukan aji bakhil.

“Ada beza itu. Tapi bila dah kahwin, maaf cakap kalau spill sini. LHDN PM tepi nanti,” ujarnya.

Sumber – Threads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES