Tuesday, November 10, 2026
HomeHIBURAN'Nikmat Terbesar Adalah Siapa Allah Hadirkan Di Sisi' - Fattah Amin

‘Nikmat Terbesar Adalah Siapa Allah Hadirkan Di Sisi’ – Fattah Amin

KUALA LUMPUR –  Pelakon Fattah Amin menyifatkan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 hari ini cukup bermakna dengan kehadiran insan tersayang di sisi.

Fattah meluahkan rasa syukur ditemani isteri, Amira Othman, 32, serta dua anak, Nur Fatima Aisya, 6, dan Muhammad Jarir Umar, berusia tiga bulan.

“Alhamdulillah, bertambah satu lagi usia hari ini.

“Semakin dewasa, semakin saya belajar bahawa nikmat terbesar bukanlah apa yang kita miliki, tetapi siapa yang Allah hadirkan di sisi, kesihatan yang masih diberi dan peluang untuk terus.

“Terima kasih isteri Syurgaku bersusah-payah ‘surprise birthday’ hari ini bersama keluarga. I love you sampai syurga,: tulisnya pada ucapan romantis di Threads.

Pada hantaran Amira di Threads pula, penyanyi lagu Rasa & Takdir itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa baik-baik buat Fattah sempena ulang tahun diraikan itu.

MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas doa yang baik-baik dari kalian. Doakan kami. Happy birthday suami saya,” tulisnya berserta emoji hati berwarna putih.

Rata-rata wargamaya yang mengikuti media sosial pasangan selebriti ini tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga dibina kekal sepanjang hayat.

Di sebalik perkongsian foto keluarga, Fattah dan Amira masih lagi memilih tidak menunjukkan wajah bayi lelaki mereka kepada umum yang masih dirahsiakan.

Pada tarikh 14 September juga adalah ulang tahun pertama perkahwinan Fattah dan Amira yang bernikah di sebuah resort di Sepang, tahun lalu.

Fattah pernah berkahwin dengan pelakon, Nur Fazura pada 2017, namun bercerai pada 7 Oktober 2024 dan dikurniakan Fatima.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

0
PETALING JAYA – Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya. Penghargaan itu dizahirkan...

CATEGORIES