Tuesday, September 8, 2026
HomeBERITA6 Pendaki Hilang Di Gunung Gerah Dibawa Keluar , Terima Rawatan

6 Pendaki Hilang Di Gunung Gerah Dibawa Keluar , Terima Rawatan

GERIK – Kesemua enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah berjaya dibawa keluar ke Pengkalan Trojan pada jam 10.20 pagi tadi.

Mereka adalah empat sekeluarga dan dua malim gunung dilihat berada dalam keadaan sihat ketika tiba di lokasi berkenaan.

Ditanya keadaan kesihatan mereka, semua pendaki hanya mengangguk sebagai tanda berada dalam keadaan baik.

Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini untuk dirakam keterangan.

Keterangan kesemua mereka dijangka dirakam secara serentak dan mengambil masa kira-kira satu jam.

Terdahulu, semua pendaki dibawa keluar malam tadi selepas ditemui selamat di Kem Kulim.

Mereka kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Kemar bagi menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan.

Sebelum ini, keenam-enam individu berkenaan dikhuatiri hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lalu.

Laporan kehilangan dibuat ahli keluarga kumpulan berkenaan di Selangor selepas mereka gagal keluar dari kawasan hutan mengikut jadual pada 3 September

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES