Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURAN‘Selepas Kehilangan Ibu, Rasa Berat Nak Sertai Pertandingan’ - Hafiz Suip

‘Selepas Kehilangan Ibu, Rasa Berat Nak Sertai Pertandingan’ – Hafiz Suip

PETALING JAYA – Selepas pemergian ibu tercinta, Allahyarham Halizawati Salleh tahun lalu, penyanyi Hafiz Suip mengakui keberatan untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

Menurut Hafiz atau nama penuhnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, kehilangan ibunya memberi impak besar kerana dianggap sebagai penyokong terkuatnya sejak menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), 17 tahun lalu.

“Selepas kehilangan seorang emak, rasa berat untuk menyertai pertandingan sebab dia yang selalu ada kalau saya masuk apa-apa pertandingan semenjak AF lagi.

“Dialah yang beri semangat dan sokongan 100 peratus.

“Jadi, bila dia sudah tiada, semangat saya macam hilang. Tak tahu nak jelaskan macam mana, hanya yang alami akan faham,,” katanya.

Bukan sahaja sokongan, dia juga mengakui sukar memberi komitmen untuk sesebuah pertandingan.

“Penat nak masuk pertandingan sebab komitmen kena beri lebih 150 peratus dan tekanan yang dihadapi,” katanya lagi.

Sebelum ini, peminat mula menyuarakan hasrat untuk melihat juara AF7 itu bertanding di pentas Gegar Vaganza.

Untuk rekod, arwah ibu Hafiz disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan Kuching pada November tahun lalu akibat komplikasi sakit kencing manis.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gaji Bersih Golongan M40 Dijangka Meningkat Mulai Januari Tahun Depan

0
KUALA LUMPUR – Peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 daripada RM9,000 di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengurangkan potongan cukai bulanan (PCB) pembayar cukai mulai...

CATEGORIES