Wednesday, September 2, 2026
HomeBERITAWarga Emas Rugi RM1.4 Juta Angkara Phone Scam

Warga Emas Rugi RM1.4 Juta Angkara Phone Scam

Kuantan – Seorang pesara swasta berusia 66 tahun berputih mata selepas kerugian lebih 1.4 juta akibat terpedaya dengan sindiket penipuan telefon yang mengaitkannya dengan kes pengubahan wang haram.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata berdasarkan laporan diterima semalam, warga emas itu menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali memaklumkan mangsa terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram pada 19 Mei lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diarah membuka satu akaun bank dan memindahkan wang simpanan ke akaun itu untuk tujuan semakan pihak berkuasa.

“Selepas membuka akaun itu, seorang lelaki bertemu dengan mangsa di kawasan perumahan sebelum mangsa menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pin kepada lelaki terbabit.

“Semua wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji serta hasil gadaian emas berjumlah RM1,417,210 dimasukkan kepada akaun bank sehingga pada 1 September lalu.

“Mangsa menyedari wang di dalam akaun itu dipindahkan kepada enam akaun yang berbeza dan juga dikeluarkan di mesin ATM tanpa pengetahuan mangsa, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menyedari dirinya sudah ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Susulan kes itu, beliau menasihati orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada polis sebelum membuat sebarang tindakan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi dan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MRA Lancar Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal

0
PUTRAJAYA – Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal bagi menggerakkan bantuan kecemasan kepada masyarakat terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda...

CATEGORIES