Tuesday, September 1, 2026
HomeBERITADatuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya...

Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad

KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 1 September 2026.

Datuk Mohd Iskandar mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam kepimpinan korporat dan pernah memegang beberapa jawatan penting di Sapura Crest Petroleum Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Kumpulan Khazanah Nasional Berhad serta Bina Darulaman Berhad. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menggalas pelbagai tanggungjawab merangkumi audit dalaman, pengurusan risiko, perancangan korporat, pembangunan hartanah, kewangan dan operasi perniagaan, sebelum menerajui peranan kepimpinan kanan yang memberi tumpuan kepada transformasi organisasi, tadbir urus dan pertumbuhan mampan.

Pada tahun 2023, Datuk Mohd Iskandar menyertai Amanah Raya Berhad sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Kumpulan, dengan menggalas tanggungjawab menyediakan pengawasan strategik terhadap fungsi sokongan korporat, Kumpulan AmanahRaya. Beliau turut memainkan peranan dalam memacu agenda transformasi digital, memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan operasi Kumpulan AmanahRaya.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (pengurus kepada AmanahRaya REIT), sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada Mac 2025. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menerajui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik korporat, memperkukuh kedudukan kewangan dan aspek pematuhan serta meningkatkan kedudukan AmanahRaya REIT dalam pasaran, dengan memberi tumpuan berterusan kepada pertumbuhan, kecemerlangan operasi dan kemampanan jangka panjang.  

Dato’ Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack, Pengerusi AmanahRaya, menyambut baik pelantikan tersebut.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohd Iskandar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya. Pengalaman luas beliau dan pemahaman mendalam mengenai strategik korporat Kumpulan AmanahRaya, merupakan satu kelebihan penting dalam usaha kami untuk terus memacu kecemerlangan syarikat selain dapat membina daya tahan yang lebih kukuh bagi menghadapi masa hadapan.

“Lembaga Pengarah yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, AmanahRaya akan terus memperkukuh keupayaan, meningkatkan pencapaian dan memacu pertumbuhan mampan, di samping kekal teguh dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pemegang Amanah Awam tunggal di Malaysia,” katanya.

Datuk Mohd Iskandar memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan seorang Certified Chartered Financial Modelling Professional (CFMP). Beliau juga merupakan ahli Malaysian Association of Risk and Insurance Management (MARIM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nak Kritik Saya Silakan, Jangan Heret Keluarga’ – Elisya Sandha

0
PETALING JAYA – “Nak kritik saya atau drama ini, silakan. Tetapi jangan sesekali heret keluarga saya.” Itu peringatan pelakon, Elisya Sandha agar pihak tertentu berhenti...

CATEGORIES