Tuesday, September 1, 2026
HomeHIBURAN'Nak Kritik Saya Silakan, Jangan Heret Keluarga' – Elisya Sandha

‘Nak Kritik Saya Silakan, Jangan Heret Keluarga’ – Elisya Sandha

PETALING JAYA – “Nak kritik saya atau drama ini, silakan. Tetapi jangan sesekali heret keluarga saya.”

Itu peringatan pelakon, Elisya Sandha agar pihak tertentu berhenti mengaitkan ibu mentuanya, Sheila Rusly dengan kritikan terhadap drama lakonannya, Madu atau Racun.

Elisya atau nama sebenarnya, Elisya Sandha Hassan 27, berkata keluarga langsung tidak mempunyai kaitan dengan siri berkenaan, sekali gus perbuatan dijadikan mentuanya sebagai bahan perdebatan atau kecaman sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“Jangan libatkan ibu mentua saya. Siri ini langsung tiada kaitan dengan beliau dan saya amat menghargai jika anda boleh tinggalkan keluarga saya daripada perkara ini.

“Anda boleh berkata apa sahaja mengenai saya atau siri ini, tetapi jangan bawa keluarga saya,” katanya menerusi balasan komen dalam platform Threads.

Pelakon itu turut menegaskan, dia tidak mempunyai masalah andai dirinya atau drama berkenaan dikritik, namun penglibatan keluarga adalah batas yang tidak boleh dilanggar.

“Itu adalah batas yang saya sangat tegas mengenainya dan saya mahu anda menghormatinya.

“Tiada perasaan tidak baik, cuma jangan melampaui batas itu. Terima kasih,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat susulan kisah suami berpoligami dibintanginya meraih komen negatif apabila didakwa menonjolkan babak hubungan songsang terutama wataknya, Nikita bersama Azura lakonan Uqasha Senrose

Drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd. dan arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Aliff Aziz sebagai Adli.

Siri 12 episod tersebut mula ditayangkan menerusi platform iQIYI pada 14 Ogos lalu.

Madu atau Racun mengisahkan Azura, seorang isteri yang sekian lama membina kehidupan bersama Adli, namun dunianya berubah selepas suaminya mengambil Nikita sebagai isteri kedua.

Kehadiran Nikita mencetuskan persaingan dan kecemburuan, sebelum kedua-duanya berdepan sikap manipulatif serta kekejaman Adli.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila satu kejadian ganas meragut nyawa Adli, menyebabkan Azura dan Nikita terikat dengan rahsia besar yang perlu mereka lindungi ketika siasatan polis semakin menghampiri kebenaran.

Terdahulu, rata-rata yang meninggalkan komen pads hantaran seorang pengguna Threads meluahkan kekecewaan apabila ada pelakon sanggup mengambil tawaran membintangi naskhah itu.

“Pelakon masa baca skrip tak boleh ke tolak ke watak ini? Sedihnya tengok kenapa kena berlakon juga. Kalau bagi bukan Muslim pun rasanya mereka tak mahu,” tulis seorang netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Overthinking, Selamatkah Anak Ke Sekolah Enam Tahun Lagi’ – Qi...

0
ADA satu titik usia dalam kehidupan seorang lelaki apabila persoalan tentang diri sendiri perlahan-lahan berganjak kepada masa depan insan bawah tanggungannya. Pemikiran itu bukan lagi...

CATEGORIES