Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Pergi Kerana Siti, Datuk K Mohon Sangat-Sangat Saya Hadir’ - PM...

‘Saya Pergi Kerana Siti, Datuk K Mohon Sangat-Sangat Saya Hadir’ – PM Anwar

PETALING JAYA – “Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K mohon sangat-sangat saya hadir.”

Itu perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ‘menjawab’ usikan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang memintanya turut mengajak ahli Parlimen lain sekiranya menghadiri konsert Biduanita Negara itu pada masa akan datang.

Menurut Anwar, beliau hadir bagi memenuhi permintaan penyanyi terkenal itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menghadiri Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

“Memang betullah, saya bukanlah minat tapi saya pun hadir walaupun pergi lambat sikit,” katanya.

Terdahulu, Mohd Sany ketika di Dewan Rakyat mengemukakan soalan tambahan kepada Anwar berkaitan ‘mafia korporat’ serta wang dan aset bernilai berbilion ringgit yang dirampas menerusi operasi penguatkuasaan.

Sebelum menamatkan soalan, beliau sempat secara berseloroh berkata kepada Anwar, ‘Kalau pergi tengok konsert Siti itu, ajaklah kami. Kami sanggup basah bersama’.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, hujan lebat tidak mematahkan semangat Perdana Menteri untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Kehadiran Perdana Menteri bersama sekitar 63,000 penonton di stadium ikonik tersebut turut dikongsi Siti Nurhaliza yang menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan Anwar.

Mengulas lanjut, Anwar turut menjelaskan bahawa kehadirannya bukan semata-mata untuk menyaksikan persembahan penyanyi terkenal itu, sebaliknya melihatnya sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan seni dan budaya negara.

Menurut beliau, persembahan seperti wayang kulit, tarian tradisional serta seni budaya Sabah dan Sarawak mampu menyemarakkan kebanggaan terhadap warisan negara.

Beliau turut mengakui meminati pelbagai genre muzik, termasuk lagu Melayu, Inggeris dan Hindustan.

“Terima kasihlah kerana yang tegur tu yang warak-warak pun tak pernah dengar lagu.

“Jadi, saya ni ada kelemahan kerana minat juga lagu bukan (sahaja) Melayu, Inggeris, Hindustan pun saya minat,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

IPD Seremban Penuhi Hajat Wanita Sarat Hamil Naik Kereta Peronda Polis

0
SEREMBAN - Seorang wanita yang hamil lapan bulan mengukir senyuman lebar apabila hajatnya untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya menjadi kenyataan. Nurul Asyira Zakaria, 23,...

CATEGORIES