Tuesday, September 1, 2026
HomeHIBURANAnak Angkat Rizalman Ibrahim Stabil, Cedera Hati Dalam Kemalangan Digilis Lori

Anak Angkat Rizalman Ibrahim Stabil, Cedera Hati Dalam Kemalangan Digilis Lori

KUALA LUMPUR – Anak angkat pereka fesyen terkenal , Datuk Rizalman Ibrahim , Umar Nail 27, mula menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani rawatan di hospital susulan kemalangan membabitkan sebuah lori ais di Wangsa Walk , Wangsa Maju kelmarin.

Rizalman berkata, doktor memaklumkan mereka masih memantau keadaan Umar bagi memastikan tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang proses rawatan.

Rizalman Berkongsi keadaan Umar di Instagram Storynya semalam

“Bismillah, Umar semakin menunjukkan tindak balas. Doktor masih menunggu sebarang komplikasi, jika ada dab dipantau sentiasa,” katanya dalam hantaran terkini Instagram Story (IGs).

Kelmarin, Rizalman menerusi hantaran IG, memaklumkan Umar terbabit dalam kemalangan ketika berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk, di sini.z

Rizalman dilapor memberitahu, Umar bertembung dengan sebuah lori ais sebelum terjatuh dan berada di bawah kenderaan terbabit.

Umar kemudian dilapor digilis selama beberapa saat sehingga menyebabkan komplikasi terhadap organ dalamannya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dilapor turut menolong, manakala urusan membawa Umar mendapatkan rawatan di hospital dipermudahkan dengan bantuan kenalan serta doa orang ramai.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah...

0
KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat...

CATEGORIES