Friday, August 28, 2026
HomeBERITASuri Rumah Hias Kediaman Dengan Jalur Gemilang Semarak Hari Kebangsaan

Suri Rumah Hias Kediaman Dengan Jalur Gemilang Semarak Hari Kebangsaan

DUNGUN – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026, seorang suri rumah tampil menyemarakkan semangat patriotik dengan menghiasi pekarangan kediamannya menggunakan Jalur Gemilang.

Kitam Mat Deris, 55, dari Blok C Taman Madani, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, dekat sini berkata dia mula memasang dan menghias pekarangan hadapan kediamannya dengan Jalur Gemilang pelbagai saiz sejak awal bulan ini bagi menyemarakkan suasana sambutan kemerdekaan.

Beliau berkata usaha itu juga dilakukan untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk, khususnya generasi muda.

“Walaupun sudah berusia, saya masih mahu melakukan sesuatu untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. Hiasan Jalur Gemilang ini mungkin nampak sederhana, tetapi diharapkan dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan,” katanya.

Kitam berkata suaminya Che Musa Ismail, 74, dan anak perempuan mereka, Murni Safiqah Che Musa, 32, turut membantu serta memberikan idea dalam kerja-kerja menghias kediamannya itu.

Katanya, kebanyakan Jalur Gemilang dan peralatan hiasan yang digunakan untuk menceriakan kediamannya dibeli secara dalam talian bagi menjimatkan perbelanjaan dan masa.

“Setakat ini, saya telah membelanjakan lebih RM500 untuk membeli Jalur Gemilang dan pelbagai peralatan hiasan, namun bagi saya bukan nilai wang ringgit yang menjadi ukuran, sebaliknya semangat dan kecintaan kepada negara yang lebih penting,” katanya.

Kitam berkata kediamannya turut dipilih mewakili Blok C dalam satu pertandingan keceriaan bagi sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

“Pemilihan ini memberikan semangat kepada saya untuk memastikan rumah ini kelihatan ceria dengan suasana sambutan kemerdekaan,” katanya.

Selain hiasan Jalur Gemilang, pekarangan rumahnya turut diserikan dengan pelbagai jenis pokok hiasan dan herba yang ditanamnya bagi mengisi masa lapang.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelakon Suara Optimus Prime , Peter Cullen Meninggal Dunia

0
LOS ANGELES - Pelakon suara di sebalik watak ikonik Optimus Prime dalam francais Transformers, Peter Cullen dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun. Ejen pelakon...

CATEGORIES