Tuesday, August 4, 2026
HomeHIBURANJika Benar, Saya Sedih – Aliff Aziz Ulas Dakwaan Digam Stesen TV

Jika Benar, Saya Sedih – Aliff Aziz Ulas Dakwaan Digam Stesen TV

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz, tidak mengetahui mengenai spekulasi yang mendakwa namanya digam oleh stesen televisyen susulan kontroversi rumah tangganya beberapa tahun lalu.

Menurut Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 35, dia bagaimanapun percaya rezeki, termasuk tawaran pekerjaan, merupakan ketentuan Allah.

“Saya bukan bertugas di stesen televisyen (TV) tempatan. Jadi, saya sendiri tidak pasti dan tidak berani mengulas apa yang sebenarnya dibincangkan atau sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Bagi saya, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa di mana ada rezeki, di situlah saya akan memberikan yang terbaik.

“Kalau selepas ini ada peluang di stesen TV tempatan, saya juga akan memberikan yang terbaik. Bukan dalam kawalan atau kuasa saya untuk menentukan siapa yang dipilih atau tidak dipilih,” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu terbitan iQIYI, Madu Atau Racun, di A Quite Place, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aliff mengakui akan berasa sedih sekiranya dakwaan itu benar, namun enggan membiarkan perkara tersebut mematahkan semangatnya.

“Sekiranya benar ada perkara seperti itu, sudah tentulah saya berasa sedih. Namun, saya akan kembali mengingatkan diri bahawa mungkin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik.
“Apabila saya percaya ada yang lebih baik menanti, saya tidak terlalu tertekan. Walaupun ada yang berkata mereka tidak mahukan saya berada di sesuatu tempat, Alhamdulillah masih ada pihak lain yang memberikan peluang,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff bersyukur kerana masih menerima tawaran lakonan dan pekerjaan sehingga kini serta berjanji akan terus memberikan komitmen terbaik dalam setiap amanah yang diberikan.

“Saya sangat bersyukur. Bukanlah saya hendak menunjuk atau berkata, ‘tengok, saya masih ada’, tidak. Rezeki itu ada di mana-mana. Jadi, apabila peluang itu datang kepada saya, saya akan menghargainya dan memberikan yang terbaik.

“Dalam banyak-banyak komen negatif, saya percaya masih ramai yang mendoakan saya, sama ada secara terbuka mahupun secara diam-diam. Saya benar-benar percaya kepada perkara itu,” katanya.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Aliff digam daripada membintangi sebarang naskhah televisyen sehingga menyebabkan dia tidak lagi kelihatan dalam mana-mana produksi drama di kaca TV tempatan.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Doa Yang Terbaik, Moga Ada Sinar Zero Bergabung Semula’

0
SHAH ALAM – Pelawak Sharif Zero masih menyimpan harapan untuk kembali bergandingan bersama dua adiknya, Syaiful dan Atu dalam kumpulan Zero selepas sekian lama...

CATEGORIES