Tuesday, August 4, 2026
HomeHIBURAN‘Ramai Tak Tahu, Saya Pernah Jumpa Pakar Psikiatri Berseorangan’ - Bella Astillah

‘Ramai Tak Tahu, Saya Pernah Jumpa Pakar Psikiatri Berseorangan’ – Bella Astillah

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri serta menjalani sesi kaunseling sekitar lapan tahun lalu ketika berdepan fasa paling sukar dalam hidupnya.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 33, berkata, keputusan itu diambil demi menjaga kesihatan mental, namun dirahsiakan disebabkan bimbang berdepan stigma negatif masyarakat.

“Sebenarnya tak ramai orang tahu, saya pernah melalui hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk jumpa pakar psikiatri.

“Saya pergi ke beberapa sesi kaunseling berseorangan, setiap sesi adalah sejam sehingga sejam setengah.

“Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa mahupun di media sosial. Kadang-kadang orang akan cepat menghukum dan menilai. Saya tak mahu bila saya kongsi, nanti spekulasi bertambah,” katanya ketika diundang sebagai tetamu di sebuah majlis.

Pada masa sama, tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu berharap orang ramai agar jangan malu mendapatkan bantuan profesional andai berdepan masalah kesihatan mental.

“Tak semestinya bila jumpa pakar psikiatri, kita tidak waras. Sebenarnya kita sayang pada diri kita. Jangan cepat menilai dan jangan dapatkan bantuan di tempat yang salah.

“Bukanlah bergantung pada manusia, tetapi sebagai manusia kita perlu ikhtiar dan berusaha,” ujarnya.

Bella turut berharap masyarakat dapat mengubah persepsi terhadap rawatan untuk kesihatan mental daripada pakar yang hakikatnya merupakan langkah berani demi kesejahteraan diri.

Tambahnya lagi, tindakan sedemikian adalah sesuatu perlu, bukan perkara yang harus dipandang serong atau dipertikaikan.

Menerusi ruangan komen ramai netizen memuji perkongsiannya yang membuka mata ramai mengenai kesejahteraan kesihatan mental.

“Semoga Bella menjadi wanita inspirasi yang bangkit semula dengan semangat juang tinggi tanpa meratapi nasib diri untuk mencapai kesempurnaan kehidupan,” tulis netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Berat Saya 45kg Pun Orang Dah Cakap Gemuk – Nadeera

0
KUALA LUMPUR – Penampilan dipuji semakin cantik, penyanyi Nadeera Zaini mengakui amat menitikberatkan soal penjagaan imej dan sanggup berhabis untuk kelihatan menawan. Menurut Nadeera atau...

CATEGORIES