Saturday, July 18, 2026
HomeHIBURAN‘Syukur Kepada Allah SWT’ – Kamal Adli Hos Terbaharu Melodi

‘Syukur Kepada Allah SWT’ – Kamal Adli Hos Terbaharu Melodi

PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli diumumkan sebagai hos baharu program Melodi sekali gus menggantikan tempat Fikry Ibrahim yang mengundurkan diri baru-baru ini.

Kamal atau nama penuhnya Ahmah Adli Ahmad Kamal, 44, bersyukur atas rezeki dan kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan program tersebut di samping pengacara sedia ada, Ain Edruce.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bagi rezeki dan peluang pada saya.

“Terima kasih kepada pihak TV3 dan Melodi bagi peluang ini kepada saya untuk bekerja bersama Ain Edruce yang sebelum ini memang pernah bekerja dengan dia,” katanya pada sidang media Melodi Terhangat, hari ini.

Dalam masa sama, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berjanji akan melakukan yang terbaik sebagai hos rancangan hiburan popular itu.

“Insya-Allah saya akan menonjolkan bakat saya, apa yang boleh saya beri dan sumbangkan dalam industri serta Melodi,” katanya.

Difahamkan, Kamal menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai hos Melodi.

Sebelum ini, Fikry mengumumkan penamatan tugasnya sebagai pengacara Melodi semalam selepas dua tahun mengendalikan program tersebut.

Melodi pernah dikendalikan barisan selebriti hebat seperti Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura, Wahid Senario, Awal Ashaari, Nabila Huda dan Janna Nick.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Bawa “AIM25” Ke Kuching Buat Julung Kali Dalam Sejarah

0
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2026 – Buat julung-julung kali dalam sejarah 25 tahun penganjurannya, Anugerah Industri Muzik (AIM), platform pengiktirafan muzik paling berprestij dan...

CATEGORIES