Wednesday, July 15, 2026
HomeHIBURAN‘Kehadiran Di Parlimen 100 Peratus, RM6.2 Juta Untuk Rakyat Muar’ - Syed...

‘Kehadiran Di Parlimen 100 Peratus, RM6.2 Juta Untuk Rakyat Muar’ – Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menepis dakwaan sudah hilang aura sebagai ahli politik susulan pembabitan dalam industri hiburan sekali gus menegaskan rekod khidmat kepada rakyat menjadi ukuran sebenar.

Syed Saddiq atau Syed Saddiq Abdul Rahman, 34, berkata meskipun kawasannya tidak menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan, beliau tetap berjaya menyalurkan bantuan melebihi RM6.2 juta kepada penduduk setempat dalam tempoh setahun setengah.

“Alhamdulillah dalam tempoh setahun ke setahun setengah, pelbagai jenis bantuan yang melebihi RM6.2 juta sudah disalurkan kepada masyarakat Muar.

“Saya juga tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab, kehadiran saya di Parlimen adalah 100 peratus. Begitu juga di peringkat jawatankuasa serta pembabitan dalam pindaan Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kepada penduduk Muar tetap menjadi keutamaan, malah beliau akan terus menggunakan pendekatan luar biasa bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

“Dalam melaksanakan amanah, saya perlu berfikiran di luar kotak dan akan terus menggunakan taktik sebegitu bagi membantu rakyat saya,” ujarnya.

Pada masa sama, bekas Menteri Belia dan  Sukan itu berkata, sepanjang menjadi ahli politik beliau terpaksa membuat banyak keputusan sukar termasuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Menurutnya, keputusan seperti itu diambil atas dasar percaya bahawa seseorang yang mahu membangunkan negara perlu memiliki integriti tinggi selain sekali gus sedia membersihkan nama melalui proses mahkamah.

“Saya percaya kalau kita ingin membangunkan negara, kita perlu menjadi lebih putih daripada putih. Sebab itu saya mengambil langkah ke belakang untuk membuktikan kebenaran di mahkamah, membersihkan nama saya dan kini semuanya sudah pun dapat dibuktikan,” kongsinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mulut Orang Tak Boleh Tutup, Doakan Yang Terbaik Untuk Dia’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh, Imranul Effendy memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi rakan baiknya yang dianggap seperti kakak sendiri, Norreen Iman susulan...

CATEGORIES