Thursday, November 12, 2026
HomeBERITAMinyak Malaysia Lebih Murah Daripada Arab Saudi, Qatar – PM

Minyak Malaysia Lebih Murah Daripada Arab Saudi, Qatar – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol di Malaysia ketika ini masih lebih rendah berbanding negara pengeluar minyak utama seperti Arab Saudi dan Qatar.

Beliau berkata, perbandingan harga bahan api perlu dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan bukannya hanya merujuk situasi ketika harga minyak dunia berada pada paras lebih rendah.

Menurutnya, harga RON95 di Malaysia yang ditetapkan pada RM1.99 seliter masih kompetitif berbanding harga petrol di beberapa negara pengeluar minyak.

“Harga minyak di Malaysia ini lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu fakta pertama yang harus diingat.

“Harga RON95 adalah pada RM1.99, manakala Harga minyak Arab Saudi lebih daripada RM2.40. Malah, Emiriah Arab Bersatu juga menaikkan harga minyak dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang membandingkan harga bahan api ketika pentadbiran terdahulu.

Anwar berkata, perubahan harga minyak dunia dipengaruhi keadaan ekonomi dan geopolitik global termasuk krisis berpanjangan di Selat Hormuz.

Katanya, kerajaan tetap mengekalkan subsidi dan bantuan kepada rakyat bagi mengurangkan kesan kenaikan kos bahan api serta tekanan kos sara hidup.

Sumber – KOSMO ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Jambatan Unik Di Dunia, Salah Satunya Terletak Di Langkawi

0
KUALA LUMPUR – Jambatan bukan sekadar menjadi laluan penghubung antara dua kawasan, malah ada yang dibina dengan seni bina luar biasa sehingga menjadi tarikan...

CATEGORIES