Wednesday, May 6, 2026
HomeHIBURAN‘Nafkah Bulanan Naik, Yuran Sekolah Bekas Suami Tanggung’

‘Nafkah Bulanan Naik, Yuran Sekolah Bekas Suami Tanggung’

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa bersyukur perjuangannya menuntut hak anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya terbayar apabila mahkamah memerintahkan bayaran nafkah bulanan dinaikkan dan yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami, Adam Shahz.

Fatin, 31, berkata, hak seorang anak tidak sepatutnya dituntut sebaliknya memang perlu disediakan oleh individu yang sepatutnya.

“Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta dan kini sudah ditunaikan

“Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan dinaikkan dan yuran sekolah ditanggung sepenuhnya.

“Bukan lagi ditanggung oleh ibu seorang diri, alhamdulillah, Allah SWT Maha Adil dan Maha Melihat,” katanya dalam platform Threads.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci jumlah nafkah yang perlu dibayar oleh bekas suami.

Katanya, tempoh tiga tahun turun naik mahkamah bagi menuntuk hak Ivy bukan perkara yang mudah untuk dirinya namun tetap harus diperjuangkan.

“Tiga tahun bukan sekejap, dari mengandung sehingga anak bongsu sudah beruia dua tahun, ulang alik mahkamah.

“Saya kekal dan terus melawan untuk Ivy. Hari ini (semalam) mahkamah sendiri putuskan, dia (bekas suami) mampu,” ujarnya.

Dalam hantaran berbeza, dia turut meluahkan ucapan penghargaan kepada suaminya, Aliff Awang kerana turut sama berjuang mendapatkan hak yang sepatutnya dimiliki Ivy.

“Kepada suami, terima kasih menjadi bapa yang berjuang dalam diam untuk perkara diperlukan Ivy tanpa meminta sebarang kredit.

“Saya sentiasa menghargai awak, sayang,” ujarnya lagi.

Sementara, Fatin turut membalas komen netizen yang menyokong tindakannya mendapatkan hak anak dari bekas suami.

“Saya mata duitan tetapi ada duit sendiri dan tidak hamak duit dia.

“Namun, ini hak anak dan saya risau mengenai sekolah sahaja.

“Alhamdulillah sudah ada perintah, harap boleh tunaikan tanggungjawab yang sebenar,” katanya.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Melalui perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy.

Kemudian, pada 30 Disember 2022, dia kembali bergelar isteri kepada Aliff atau dikenali dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Jibril.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Setiap Kali Awak Rasa Nak Marah, Saya Mesti Tak Dapat Jumpa...

0
Pempengaruh permotoran, Haqiem Stopa meluahkan rasa kecewa dan mendakwa dirinya berdepan kesukaran untuk bertemu anaknya, Hud selepas berpisah dengan bekas isterinya, Aireen Sofia. Menerusi perkongsian...

CATEGORIES