Wednesday, May 6, 2026
HomeSUKANEPL: Slot Salahkan Pengadil Liverpool Pulang Tangan Kosong

EPL: Slot Salahkan Pengadil Liverpool Pulang Tangan Kosong

MANCHESTER – Pengurus Li­verpool, Arne Slot menyuarakan rasa kecewa dengan mutu pe­ngadilan ketika pasukan itu tewas 2-3 kepada Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Beliau menyifatkan gol kedua United yang dija­ringkan Benjamin Sesko sepatutnya dibatalkan kerana menganggap bola sudah terkena tangan pemain Slovenia itu sebelum menerjah gawang The Reds.

Slot berkata, sebarang keputusan melibatkan Video Bantuan Pengadil (VAR) sering tidak menyebelahi pasukannya sepanjang saingan musim ini dan ia menjadi punca Liverpool gagal mendapat tiga mata.

“Saya boleh katakan memang ada sentuhan daripada Sesko. Dalam sukan bola sepak, apabila ada sentuhan bola akan berubah arah, jadi ia sepatutnya dinilai dengan baik dan gol itu perlu dibatalkan.

“Mungkin bukan satu kejutan apabila VAR sering tidak memihak kepada kami sepanjang sai­ngan musim ini. Situasi seperti ini kerap berlaku kepada kami, termasuk ketika bertemu PSG (Paris Saint-Germain),” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menyalahkan VAR semata-mata atas gol kedua tersebut kerana menganggap ia berpunca daripada kesilapan sendiri sehingga membolehkan United mengambil kesempatan dan melakukan jaringan.

“Gol kedua itu bukan disebabkan bola terkena tangan Sesko sahaja kerana ia juga berpunca daripada kesilapan sendiri. Kami perlu tanya diri sendiri juga me­ngapa sering melepaskan gol se­perti ini,” ujar Slot.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Makin Diam, Makin Menjadi-Jadi’ – Nubhan Failkan Pelanggaran Terhadap Bekas Isteri

0
SHAH ALAM: Penyanyi dan usahawan, Nubhan hari ini memfailkan tiga pelanggaran yang dilakukan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Rendah Syariah...

CATEGORIES