Thursday, April 30, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Ada Anak Lelaki, Nak Saja Saya Jodohkan Dengan Fazura’

‘Kalau Ada Anak Lelaki, Nak Saja Saya Jodohkan Dengan Fazura’

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Sheila Rusly meluahkan hasrat mahu menjadikan aktres Fazura sebagai menantu sekiranya mempunyai anak lelaki yang masih belum berkahwin.

Perkara tersebut diluahkan Sheila, 54, selepas Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, memujinya sebagai mentua idaman dalam sebuah hantaran Threads.

“Kalau ada anak lelaki lagi, nak saja saya jodohkan dengan Fazura,” katanya ringkas.

Coretan tersebut mengundang ratusan komen daripada netizen yang menyambut baik hasrat Sheila meski sedar dua anak lelakinya sudah mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berseloroh meminta Sheila mengambil Que Haidar sebagai anak angkat sekali gus boleh dijodohkan dengan Fazura.

“Boleh ambil Que Haidar jadi anak angkat, bolehlah bermenantukan Fazura,” usik netizen.

Terdahulu, Fazura memuji Sheila sebagai ibu mentua yang diidam-idamkan semua wanita selepas tular melihat caranya melayan dan menjaga hubungan mesra dengan dua menantunya.

“Mentua idaman setiap wanita,” komen Fazura.

Komen yang ditinggalkan Fazura juga meraih pelbagai reaksi selain mendoakan dia dikurniakan keluarga mentua sebaik Sheila sekiranya diberikab rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mahu Ibu Mentua Baik, Layan Saya Macam Anak Sendiri’

0
PETALING JAYA – Pempengaruh Mekyun mendedahkan antara impan terbesar dalam hidupnya adalah dikurniakan ibu mentua yang baik. Menurut Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee,...

CATEGORIES