Thursday, April 30, 2026
HomeLUAR NEGARAIran Dakwa 4 Misil Balistik Mengenai Kapal Induk USS Abraham Lincoln

Iran Dakwa 4 Misil Balistik Mengenai Kapal Induk USS Abraham Lincoln

TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa bahawa empat peluru berpandu balistiknya berjaya membedil kapal pengangkut USS Abraham Lincoln di rantau Teluk, dengan media pemerintah memujinya sebagai serangan langsung ke “jantung” kuasa tentera laut Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Hindustan Times semalam.

“Kapal pengangkut pesawat AS, USS Abraham Lincoln telah ditembak oleh empat peluru berpandu balistik,” kata IRGC dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media tempatan.

Ia memberi amaran bahawa ‘darat dan laut akan menjadi tanah perkuburan untuk penceroboh dan pengganas’.

Markas Perintah AS (CENTCOM) dengan segera menafikan dakwaan itu dengan berkata: “Lincoln tidak terkena (serangan) dan kapal induk itu masih melancarkan jet.”

Pertukaran dakwaan itu berlaku ketika operasi bersama AS-Israel menentang Iran yang dilancarkan kelmarin, memasuki hari kedua semalam.

Serangan itu membunuh beberapa pegawai kanan Iran, termasuk pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan aset AS dan pangkalannya di rantauTeluk.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES