Saturday, June 6, 2026
HomeBERITADua feri Langkawi Terbakar 80 Peratus

Dua feri Langkawi Terbakar 80 Peratus

LANGKAWI – Tiga feri penumpang yang ditempatkan di Dermaga Kapal Bukit Malut, di sini terbakar dalam kejadian malam tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.46 malam.

“Tiga daripada enam feri terbakar. Dua buah musnah kira-kira 80 peratus dan hanyut ke laut sejauh 50 meter dari lokasi asal. Sebuah lagi feri terbakar kira-kira lima peratus, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, satu daripada feri yang terbakar dan hanyut berjaya ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, salah sebuah feri yang terbakar adalah milik mereka, manakala sebuah lagi adalah milik syarikat yang pernah beroperasi di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kelibat Kaka Azraff Di Mahkamah Cetus Spekulasi, Cerai kKali Kedua?

0
PETALING JAYA: Penyanyi, Kaka Azraf, dikatakan sudah bercerai kali kedua bersama suaminya, Adam Azriff, semalam. Kaka atau Nor Atiqa binti Noor Azraff, 37, dilihat hadir...

CATEGORIES