Friday, June 5, 2026
HomeHIBURAN‘Jangan Tangguhkan Hidup Semata-Mata Menunggu Lelaki Yang Tepat’ - Mimi Lana

‘Jangan Tangguhkan Hidup Semata-Mata Menunggu Lelaki Yang Tepat’ – Mimi Lana

PETALING JAYA – Pelakon Mimi Lana menasihatkan golongan wanita agar tidak meletakkan kebahagiaan hidup di tangan orang lain, sebaliknya berdikari dan membina masa depan sendiri.

Ujar Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, wanita perlu berani menentukan hala tuju hidup tanpa bergantung kepada kehadiran lelaki semata-mata.

“Perempuan, carilah rezeki sendiri. Pilih jalan hidup sendiri. Bekerja keras. Kerapkan melancong. Jaga kesihatan. Sayangi ibu bapa.

“Belilah apa yang diingini, tempah penerbangan, cabar diri cuba perkara yang menakutkan. Jangan tangguhkan hidup semata-mata menunggu ‘lelaki yang tepat’.

“Manusia boleh pergi, hubungan boleh berakhir, kawan juga boleh berubah. Tidak semua orang gembira melihat kejayaan kita,” katanya dalam Threads.

Tambah bintang filem Polong itu, kekuatan sebenar terletak pada keupayaan membina kehidupan stabil tanpa bergantung kepada sesiapa.

“Binalah kehidupan yang tidak runtuh walaupun seseorang pergi.

“Banggakan diri sendiri. Gembirakan diri sendiri. Bebaskan diri sendiri.

“Pada akhirnya, kita hidup dengan diri sendiri setiap saat. Jadi hargailah diri itu sebaiknya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dengan ramai bersetuju bahawa wanita masa kini perlu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan.

“Perkongsian ini sangat tepat. Jangan risau, lelaki yang baik akan datang tanpa perlu dikejar. Nikmati hidup sebaiknya.

“Sekarang banyak keluarga tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Kerjaya isteri turut disokong dan kedua-dua pasangan saling menyumbang,” tulis netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak berpendapat pandangan tersebut perlu dilihat secara seimbang kerana hubungan tetap memerlukan kompromi serta kerjasama dua hala.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Artis Pun Ada Perjuangan Sendiri Yang Tidak Diketahui Ramai’ – Scha...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berpandangan, masyarakat sering melihat kehidupan selebriti dari sudut luaran semata-mata tanpa menyedari pelbagai cabaran serta tekanan yang...

CATEGORIES