Friday, June 5, 2026
HomeHIBURAN“Berhenti Cakap Saya Penyondol, Mereka Bukan Dah Kahwin Pun” - Sarah Yasmine

“Berhenti Cakap Saya Penyondol, Mereka Bukan Dah Kahwin Pun” – Sarah Yasmine

Personaliti media sosial, Sarah Yasmine tampil menjelaskan spekulasi yang tular di media sosial berhubung hubungannya dengan pelakon Niezam Zaidi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Threads, Sarah menegaskan segala dakwaan dan tanggapan yang bertebaran mengenai dirinya dan Niezam adalah tidak benar.

“Dengan segala-galanya yang anda lihat di Threads dan segala-galanya, benda itu tak betul pun.

“Hanya kerana saya dan Niezam, kami adalah kawan yang sangat rapat. Dan itu sahaja. Kami kawan rapat,” katanya.

Sarah menjelaskan mereka mula berkenalan ketika drama Dia Bukan Syurga sedang ditayangkan dan pernah cuba mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berkembang ke arah percintaan kerana masing-masing merasakan tiada persefahaman.

“Tahun lepas saya dan Niezam cuba mengenali satu sama lain dengan lebih baik.

“Tetapi kami tidak mempunyai persefahaman, jadi kami memutuskan untuk menjadi kawan.

“Daripada kawan, kami menjadi kawan yang baik. Kemudian kami menjadi kawan yang sangat rapat dan sehingga hari ini kami masih berkawan,” ujarnya.

Malah, Sarah turut mendedahkan salah satu sebab dia tidak mahu meneruskan hubungan ke tahap lebih serius adalah kerana menyedari Niezam masih mempunyai perasaan terhadap bekas pasangannya, Fify.

Disebabkan itu, dia tidak mahu menjadi punca kepada sebarang konflik atau drama yang boleh merumitkan keadaan.

“Saya tahu Niezam masih sayangkan Fify. Jadi saya tak mahu ada komplikasi atau drama.

“Saya sendiri cuba menjadi individu yang memberi semangat kepada Niezam untuk memperbaiki hubungannya dengan Fify,” katanya lagi.

Pada masa sama, Sarah juga berkongsi menerima mesej daripada Fify sebagai satu bentuk peringatan kepadanya kerana dia beranggapan Sarah mempunyai hubungan istimewa dengan Niezam.

“Fify sendiri fikir saya ada hubungan dengan Niezam sebab ketika dia DM saya, dia dan Niezam memang dah tak ada apa-apa.

“Dia DM saya seolah-olah mahu ‘warn’ saya bahawa Niezam masih mencari dirinya ketika dia bersama saya.

“Padahal bukan macam itu. Saya dan Niezam hanyalah kawan rapat sahaja selama satu tahun ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sarah turut memohon orang ramai agar menghentikan spekulasi yang mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan antara Niezam dan Fify.

Menurutnya, ketika dia mula mengenali Niezam pada tahun lalu, pelakon itu dan Fify sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

“Jadi berhentilah dengan semua ini, jangan masukkan saya dalam kisah ini lagi. Dan untuk korang pulak yang panggil saya penyondol lagi, penyodol lagi, Niezam dan Fify ketika itu belum berkahwin dan sewaktu saya mengenali Niezam tahun lepas, mereka memang sudah tidak bersama.

“Tahun ini pula, saya dan Niezam hanya berkawan dan sehingga kini kami masih mengekalkan hubungan sebagai sahabat baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumpa ‘ADUN Seni’ FT di Unifi Arena, Bukit Jalil, 3 Okt...

0
KUALA LUMPUR, 4 JUN 2026 - ‘Assalamualaikum’, berikut merupakan pengumuman penting dan sangat mustahak yang mahu disampaikan oleh Hitman Solutions dengan kolaborasi Faithful Music. Sesuatu...

CATEGORIES