Sunday, November 16, 2025
HomeSUKANEngland Bakal Beraksi Tanpa Guehi

England Bakal Beraksi Tanpa Guehi

London: England dijangka terpaksa melupakan khidmat tonggak pertahanan tengah Marc Guehi untuk dua perlawanan kelayakan terakhir Piala Dunia menentang Serbia dan Albania selepas mengalami kecederaan kaki.

Pasukan Thomas Tuchel, yang mengesahkan kelayakan ke kejohanan tahun depan dengan kemenangan 5-0 di Latvia bulan lalu, akan menentang Serbia di Wembley pada awal pagi Jumaat ini sebelum menamatkan kempen Kumpulan K mereka di Tirana tiga hari kemudian.

Guehi memulakan empat daripada lapan perlawanan England di bawah Tuchel, selepas terlepas jendela antarabangsa pada Jun.

Bercakap sebelum pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton, Ahad lalu pengurus Crystal Palace, Oliver Glasner, mendedahkan Guehi merasai kesan daripada cabaran pada minit-minit akhir kemenangan ke atas AZ dalam saingan Liga Konferensi, Jumaat lalu.

“Marc dilanggar pada minit terakhir menentang [AZ] yang mendatangkan kesan pada kakinya dan lebam tulang,” kata Glasner.

Dia malah tidak boleh berjalan sekarang. Dua hari lepas dia terpaksa menggunakan tongkat. Saya tidak tahu bagaimana ia akan berkembang dalam beberapa hari akan datang. Tetapi buat masa ini, keadaannya tidak baik. Nampaknya dia tidak dapat bermain untuk England juga.”

Jika Guehi terpaksa menarik diri daripada skuad, John Stones, Ezri Konsa, Dan Burn dan Jarell Quansah antara pertahanan tengah lain yang menyertai skuad Tuchel, sementara beliau mungkin memilih untuk memanggil pengganti.

Sumber – Harian Metro

Must Read

Walau Sedang Berpantang, Yana Samsudin Hadir Terima Ijazah Sarjana

0
"Sepatutnya hari ini saya bersalin… tapi takdir memberi saya peluang menjejak pentas konvokesyen!" Demikian kongsi, pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin selepas selesai istiadat konvokesyen untuk...

CATEGORIES