Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANJun Hao Buka Langkah Kanan Di Kejohanan Dunia

Jun Hao Buka Langkah Kanan Di Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan No. 1 negara, Leong Jun Hao memulakan kempen Kejohanan Badminton Dunia dengan penuh bergaya selepas menundukkan lawan mudah dari Switzerland, Tobias Kuenzi sebentar tadi.

Beraksi di Adidas Arena, pemain ranking ke-25 dunia itu hanya memerlukan 31 minit untuk mengetepikan cabaran pemain ranking ke-137 dunia dengan kemenangan straight set 21-14, 21-12.

Ianya dianggap permulaan manis buat Jun Hao yang melakukan penampilan sulung di pentas Kejohanan Dunia dengan keyakinan tinggi.

Namun ujian sebenar menantinya di pusingan kedua apabila dia bakal berdepan pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto.

Nishimoto yang memiliki pengalaman luas membuktikan taringnya apabila mudah menyingkirkan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei dengan keputusan 21-13, 21-12.

Sementara itu, kem Malaysia turut menerima khabar duka apabila perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei gagal melepasi pusingan pertama.

Bekas juara remaja dunia dua kali itu akur tunduk kepada kehebatan pemain China ranking ke-14 dunia, Gao Fang Jie dengan kekalahan 14-21, 9-21.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES