Thursday, June 25, 2026
HomeVIRAL22 Maut Dalam Tembakan Rambang Oleh Pengajar Senjata Api Bertauliah

22 Maut Dalam Tembakan Rambang Oleh Pengajar Senjata Api Bertauliah

MAINE: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam dua insiden tembakan rambang di Lewiston, Maine, Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa, suspek yang sudah dikenal pasti masih diburu, lapor CNN.

Menurut Astro Awani, Jabatan Polis Lewiston menamakan suspek sebagai Robert Card, 40, seorang pengajar senjata api bertauliah dan anggota pasukan simpanan tentera AS.

“Card, 40, dianggap bersenjata dan berbahaya. Sila hubungi penguat kuasa undang-undang jika anda mengetahui keberadaannya,” tulis kenyataan jabatan polis dalam catatan di akaun Facebook.

Suspek dalam rakaman CCTV dilihat memegang raifal separa automatik sebelum menembak orang ramai secara rambang di kedai permainan boling Sparetime Recreation, dan restoran Schengenees Bar & Grille di Lincoln Street.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isteri Sangat Kritikal, Saya Kena Terima Kehilangan Dia – Muss

0
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Barbarik, Muss, berdepan detik sukar apabila isterinya, Suraya Bahari, 53, kini berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi penyakit kencing...

CATEGORIES