Friday, October 30, 2026
HomeSUKANPogba Cari Kelab Baharu Selepas Akhiri Penggantungan

Pogba Cari Kelab Baharu Selepas Akhiri Penggantungan

PARIS: Bekas pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang ingin menyambung semula kariernya selepas menjalani penggantungan susulan kes doping, berkata dia kini “sedang berbincang” dengan sebuah kelab, yang menurut sumber rapat dengannya adalah AS Monaco.

Pemain berusia 32 tahun itu turut mendedahkan dia berhubung semula dengan abangnya, Mathias Pogba, yang dijatuhi hukuman penjara setahun pada Disember lalu kerana terbabit dalam satu rancangan pemerasan wang sebanyak 13 juta euro (RM63.9 juta) daripada juara Piala Dunia 2018 itu.

Pogba, yang pernah beraksi bersama Manchester United dan Juventus, kini berharap dapat melupakan tiga tahun penuh kekacauan dalam kariernya.

Selepas bergelut dengan kecederaan berulang dan prestasi tidak konsisten, Pogba meninggalkan Manchester United pada tahun 2022 dan kembali menyertai Juventus buat kali kedua namun masalah terus membelenggunya.

Dia gagal dalam ujian doping selepas satu perlawanan di Itali pada Ogos 2023 dan dikenakan penggantungan empat tahun, namun tempoh itu dikurangkan kepada 18 bulan selepas rayuan, yang berakhir pada Mac lalu.

“Ia terlalu, terlalu sukar,” katanya mengenai tempoh penggantungan itu.

Pogba mengesahkan dia kini sedang “berbincang” dengan sebuah kelab, yang menurut beberapa sumber adalah kelab Ligue 1, AS Monaco.

“Saya bertekad untuk kembali ke padang, dari segi mental saya sudah bersedia, dari segi fizikal saya juga bersedia dan kini hanya menunggu masa,” kata Pogba dalam satu temu bual di televisyen Perancis.

Kes pemerasan membabitkan enam individu yang ada kaitan dengan Pogba mengejutkan rakyat Perancis kerana antara pelaku termasuk tiga rakan zaman kanak-kanak dan abangnya sendiri.

Lima lagi defendan didapati bersalah atas kesalahan pemerasan, penculikan dan penahanan secara salah, serta pembabitan dalam kumpulan jenayah dan dijatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES