Friday, October 30, 2026
HomeBERITAPM Ucap Takziah Atas Pemergian Isteri Premier Sarawak

PM Ucap Takziah Atas Pemergian Isteri Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang kehilangan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi tadi.

Anwar menerusi hantaran di media sosial turut mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu serta keluarga supaya tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Saya dan Azizah (isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berduka menerima khabar pemergian Juma’ani, isteri kepada Abang Johari, awal pagi tadi.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga allahyarham, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini.

“Kami sekeluarga menitipkan doa semoga roh allahyarham diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat istimewa di sisi-Nya. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Juma’ani menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Pusat Perubatan Normah dekat Kuching, Sarawak, jam 3.34 pagi tadi.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES